Saturday 25 November 2017

Cat Signature Cafe

Memandangkan hari ini saya tiada kelas, saya bercadang untuk melawat sebuah tempat yang dicadangkan oleh sebuah kumpulan yang membentang bagi subjek aplikasi komputer iaitu Cat Signature Cafe. Cat Signature ini terletak di seksyen 18 Bangi berdekatan dengan bangunan PKNS. Bagi penggemar kucing seperti saya,tempat ini merupakan tempat yang menarik untuk dkunjungi.

Pagi itu,saya bertanya kepada kawan saya sekiranya ingin menyertai saya ke Cafe tersebut malangnya kepadatan jadual menyebabkan dia tidak dapat menyertai saya. Jadi, saya membuat keputusan untuk pergi seorang diri. Dirumah juga,saya dan keluarga ada membela kucing dan keluarga saya merupakan pencinta kucing.

Semasa tiba disana,saya menikmati juadah dahulu sebelum melawat kucing-kucing ditingkat atas. Bagi mereka yang sukakan suasana yang aman dan tenteram kafe ini sesuai dijadikan destinasi yang perlu dikunjungi oleh mereka. Bayaran yang dikenakan untuk melihat kucing-kucing diatas ialah 10 ringgit bagi setiap seorang dalam tempoh 45 minit.


Sebelum memasuki tempat itu, pekerja disitu menerangkan serba sedikit beberapa peraturan yang harus diikuti seperti tidak menggunakan flash semasa menangkap gambar kucing serta tidak menangkat kucing kehulu kehilir kerana akan menyebabkan kucing itu tidak selesa dan bertindak agresif.Terdapat pelbagai jenis kucing yang dapat saya lihat semasa melawat seperti kucing parsi, kucing siam serta kucing menkun. Saya juga berpeluang melihat spesis kucing yang tidak berbulu.

Saya sempat berbual dengan pekerja disitu. Dia menyatakan bahawa jumlah kucing yang terdapat di studio itu ialah 75 ekor keseluruhan namun tidak dilepaskan semua. Hanya belasan ekor yang dilepaskan manakala selebihnya disimpan di bahagian atas. Kucing-kucing disini sangat manja dan aktif bermain. Namun ada beberapa ekor yang kelihatan tidak sihat kerana musim demam. Setelah meluangkan masa hampir sejam setengah disitu saya pula beransur pulang.



No comments:

Post a Comment

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...