Sunday 8 October 2017

Persediaan sebelum LT

Seawal pukul 5 pagi, semua ahli kadet berkumpul di Panggung Seni untuk menunggu lori 3 tan bagi membolehkan kami bergerak ke tempat latihan.Setelah sampai mereka menunaikan ibadat subuh secara berjemaah sebelum memulakan latihan fizikal. Pagi itu, seperti kebiasaannya kami akan melakukan beberapa aktiviti fizikal seperti PT10 ( lompat bintang ), sit up, pumping serta kami dibawa jogging di persekitaran UKM. Setelah itu, kami diberikan sarapan pagi sebelum memasuki kelas.

Pada hari ini, kami akan diajar cara menggunakan senjata M16 dengan betul sebagai persediaan sebelum menembak pada cuti pertengahan semester nanti. Sememangnya kami berasa sangat teruja untuk memegang senjata M16 buat kali pertama dan diberi peluang untuk menembak dengan menggunakan peluru kapur. Terdapat empat posisi semasa menembak iaitu posisi duduk,meniarap,melutut dan berdiri.

Setelah diajar secara teori bagaimana hendak menggunakan  senjata M16, kami disuruh untuk melakukannya secara praktikal. Saya disuruh oleh jurulatih iaitu encik Ali membuat demostrasi bagaimana untuk melakukan tembakan dari awal sehingga akhir. Walaupun agak gugup, namun saya dapat melakukannya dengan baik.Saya berharap segalanya akan berjalan dengan lancar semasa LT yang tidak lama lagi. 

Tepat jam 1200 kami dilepaskan untuk makan tengahari dan solat zuhur dan berkumpul semula pada pukul 1400 berkumpul semula untuk diajar pula cara membaca kompas. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada intermediate dan junior. Intermediate mengetuai pasukan sambil diiring oleh beberapa jurulatih. Walaupun agak letih tetapi kami berasa seronok kerana sampai ke destinasi yang dituju tanpa sesat. 


No comments:

Post a Comment

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...