Sunday 8 October 2017

Persediaan sebelum LT

Seawal pukul 5 pagi, semua ahli kadet berkumpul di Panggung Seni untuk menunggu lori 3 tan bagi membolehkan kami bergerak ke tempat latihan.Setelah sampai mereka menunaikan ibadat subuh secara berjemaah sebelum memulakan latihan fizikal. Pagi itu, seperti kebiasaannya kami akan melakukan beberapa aktiviti fizikal seperti PT10 ( lompat bintang ), sit up, pumping serta kami dibawa jogging di persekitaran UKM. Setelah itu, kami diberikan sarapan pagi sebelum memasuki kelas.

Pada hari ini, kami akan diajar cara menggunakan senjata M16 dengan betul sebagai persediaan sebelum menembak pada cuti pertengahan semester nanti. Sememangnya kami berasa sangat teruja untuk memegang senjata M16 buat kali pertama dan diberi peluang untuk menembak dengan menggunakan peluru kapur. Terdapat empat posisi semasa menembak iaitu posisi duduk,meniarap,melutut dan berdiri.

Setelah diajar secara teori bagaimana hendak menggunakan  senjata M16, kami disuruh untuk melakukannya secara praktikal. Saya disuruh oleh jurulatih iaitu encik Ali membuat demostrasi bagaimana untuk melakukan tembakan dari awal sehingga akhir. Walaupun agak gugup, namun saya dapat melakukannya dengan baik.Saya berharap segalanya akan berjalan dengan lancar semasa LT yang tidak lama lagi. 

Tepat jam 1200 kami dilepaskan untuk makan tengahari dan solat zuhur dan berkumpul semula pada pukul 1400 berkumpul semula untuk diajar pula cara membaca kompas. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada intermediate dan junior. Intermediate mengetuai pasukan sambil diiring oleh beberapa jurulatih. Walaupun agak letih tetapi kami berasa seronok kerana sampai ke destinasi yang dituju tanpa sesat. 


Latihan pertama

Setelah mengangkat sumpah pada hari sabtu bersamaan dengan 6 oktober 2017,kami perlu mengikuti latihan mingguan seperti yang dilakukan oleh peringkat intermediate dan peringkat senior. Sejurus selesai majlis angkat sumpah yang bertempat di panggung seni,kami meneruskan pembukaan latihan pada semua peringkat dengan memperkenalkan kepada kami semua barisan jurulatih dan tatatertib dalam askar seperti hormat-menghormati dengan mereka yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi.

Setelah sampai di markas tentera kami perlu mengemas semula segala peralatan yang digunakan. Semua peringkat bekerjasama dalam memastikan segala peralatan berada seperti keadaan sedia kala. Beberapa kumpulan dibentuk dan tugas diagihkan contohnya ada yang dibahagikan untuk membuat kerja-kerja fitik iaitu bahagian penyediaan makanan. Kami juga diagihkan pakaian yang diisukan sebanyak dua helai setiap seorang untuk persediaan minggu depan bagi latihan menembak yang bertempat di Gemas, Negari Sembilan.

Untuk memastikan tahap kecergasan yang baik para kadet, jurulatih memperkenalkan kami beberapa bentuk latihan fizikal contohnya 'komando rest',sit up, serta push up. Lagi menguji ketahanan fizikal dan mental apabila hujan turun dengan lebat pada petang itu menyebabkan kami terpaksa meredahi hujan secara bersama-sama. Kami juga mengisi borang insurans untuk kepentingan setiap kadet.

Apa yang seronok tentang palapes bagi saya ialah keakraban yang dibentuk semasa dalam satu pasukan. Di palapes, ahli kadet seperti ahli keluarga dan perlu bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun baru kenal tapi kerjasama yang terbentuk membuatkan saya menyayangi ahli kadet serta merasakan mereka seperti ahli keluarga sendiri. Setelah malam, ahli kadet dihantar pulang dengan menaiki lori 3 tan untuk pulang ke kolej masing-masing.

Thursday 5 October 2017

Ulang Tahun Kelahiran ke-19


06 Oktober 2017, Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiranku yang ke 19 tahun. Ini merupakan tahun terakhirku untuk menikmati usia belasan tahun. Selepas ini sudah menjangkau umur puluhan tahun. Insha'Allah jika dipanjangkan umur. Terasa baru semalam aku menduduki sekolah tetapi kini aku sudah berada di menara gading. Alhamdulillah. Inilah hadiah yang paling bermakna untuk tahun ini. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakanku kesihatan yang baik dan semestinya tanpa izinNya tiada lah daku dimuka bumi ini. Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang telah mengandung serta membesarkanku sehingga ke hari ini. Penat lelah mencari rezeki demi memastikan makanku cukup,memastikan kebajikanku terjaga,memenuhi segala kehendakku dipenuhi walaupun terpaksa mengerah tenaga serta memastikanku mendapat pendidikan yang terbaik. Allah sesungguhnya kedua ibu bapa ku merupakan hadiah terbaik dimuka bumi ini ya Allah. Tidak dapat aku gambarkan betapa bersyukurnya aku dikurniakan ibu bapa yang sangat mendokong tinggi segala hasratku. Terima kasih Ibu. Terima kasih Ayah.




ya Allah semoga dihari ulang tahun kelahiranku ini, aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,terangi hatiku dengan cahaya nur keimanan, tetapkan hati serta jiwa mudaku ini yang mudah berbolak-balik,dekatkan aku dengan kebaikan serta kau jauhi aku dengan segala kejahatan serta kemungkaran. ya Allah tambahkan amalanku disaat bertambah usiaku, kuatkanlah semangatku dalam menempuh segala ujianMu serta jauhkan aku dari perasaan mudah jemu,mudah kecewa serta mudah mengaku kalah dalam menempuhi hari-hari mendatang. ya Allah kau hidup dan matikan aku dalam iman serta haramkan wajah ibu bapaku dari disambar api neraka.Kurniakan syurga buatnya Syurga tanpa hisab. Sesungguhnya hanya padamu ya Allah... aku mohon pertolongan.
Amin. Amin ya rabbal alamin.

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...