Thursday 14 December 2017

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi memastikan aktiviti hari esok berjalan dengan lancar. Sehari sebelum hari pertauliahan pangkat kadet dilakukan, kami masing-masing membantu pentadbiran menguruskan persiapan backdrop,fitik dapur dan persiapan pentas. Malam itu, kami melakukan raptai penuh perjalanan esok hari sehingga pukul 11 malam.

Keesokan paginya,baris pagi diadakan seperti kebiasaan cuma kali ini agak lama setelah bacaan doa dan ikrar, acara diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada kadet yang terdiri daripada semua peringkat iaitu senior,intermediate dan junior. Saya bersama dua orang buddy saya terlibat dalam pemakaian pangkat harini dimana Arisha Arihana memakai pangkat sarjan manakala saya dan Syera memakai pangkat Korperal.

Setelah sejam pemakaian pangkat itu juga selesai. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Mungkin bagi sesetengah orang merasakan pangkat ini merupakan satu kebanggaan namun tidak semua mengetahui hakikat bahawa makin tinggi pangkat seseorang maka lebih besar tanggungjawab yang harus dipikul seseorang itu. Dalam tentera, hormat-menghormati sangat ditekankan. Walaupun seseorang itu lebih muda tapi memegang pangkat lebih tinggi maka dia wajar ditabik. 

Hal ini menunjukkan hormat terhadap beliau. Sepanjang didalam markas jurulatih mahupun peringkat inter ataupun senior wajib dihormati dengan cara tersendiri. Hal ini menjadikan anggota tentera sangat berdisiplin tinggi. Walaupun berjumpa diluar kami tetap menghormati dan menegur kerana menjadi kebiasaan kami semasa latihan. 

Semasa saya dibangku sekolah jurulatih saya penah berpesan kepada saya " Rank is our responsibility, respect the rank not the people" Hal ini jelas menunjukkan pangkat seseorang merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seseorang dengan jujur dan amanah. Saya sebagai korperal perlu menjalankan tanggungjawab saya menjaga setiap skuad dibawah seksyen saya dan memastikan mereka dalam keadaan yang baik serta mengetahui sebarang pergerakan mereka sepanjang berada dalam latihan. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang mudah, namun saya berharap saya dapat memegang tanngungjawab yang telah diamanatkan kepada saya dengan jayanya.

Sunday 3 December 2017

Syikin Short Vacay

Harini saya bersama buddy saya Arisha Arihana menyertai eksplorasi Fotografi yang bertempat di Melaka. Setelah penat mengikuti LT kami membuat keputusan untuk mengikuti eksplorasi ini bagi merasai dunia luar setelah banyak menghabiskan hidup di UKM sepanjang sem ini. Jadi, kami bertolak pada pukul 8 pagi dan tiba disana pada pukul 10 pagi. Semasa tiba di bandar hilir Melaka, kami diberi tugasan iaitu untuk menangkap gambar di Melaka sama ada bangunan bersejarah,orang ataupun alam semulajadi. Seorang dibenarkan untuk memuatnaik hanya 2 keping gambar terbaik.Gambar yang terbaik akan memenangi hadiah.

Setelah itu,kami dilepaskan sehingga pukul 2 petang. Saya dan Arisha tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan disitu sambil membeli belah. Kami juga sempat mengambil gambar di Jonker Walk, Menara Taming Sari, dan tempat-tempat disekitar situ.Tidak dapat dinafikan selain bandaraya Melaka merupakan bandar yang bersejarah, bandar ini juga sangat cantik untuk melakukan eksplorasi fotografi seperti ini. Bagi saya dan Arisha yang sangat suka bergambar kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di mana sahaja yang dirasakan cantik untuk bergambar terutama sekali di Jonker Walk. Pengunjung yang datang dari luar negara juga mengambil gambar disitu.

Selain daripada bergambar, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati segala juadah yang menyelerakan di Melaka seperti Coconut Shake dan Asam Pedas. Memang Terbaik! bagi mereka yang mengunjungi Melaka juadah ini menjadi menu wajib yang harus dinikmati. Semasa rakan-rakan lain sibuk mengambil gambar, saya dan Arisha sempat melukis foto kami sebagai kenangan di Melaka. Pakcik yang melukis gambar kami ini juga sangat mesra. Kami juga sempat beramah mesra bersamanya sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya merupakan destinasi akhir dan merupakan tempat yang kami tunggu-tunggu iaitu Pantai Klebang. Saya dan Arisha sangat mengidam-idamkan untuk mengambil gambar disini. Oleh itu. kami memanggil seorang skuad kami yang tinggal di Melaka untuk mengambil gambar kami disini.Oleh kerana sayangkan skuad, dia datang untuk membantu kami. HAHAHAHA. Terima kasih skuad! Kami juga menikmati beberapa hidangan disini iaitu ais kacang. Pada asalnya kami ingin membeli Coconut Shake yang menjadi sebutan ramai. Tapi memandangkan orang sangat ramai, kami membatalkan niat kami. Setelah selesai tugasan disini kami beransur ke Masjid Hilir Melaka bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Disitu juga diumumkan pemenang.Kami tidak memenangi hadiah namun kami berasa sangat gembira untuk hari ini! yeayyy







Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...