Sunday 19 November 2017

2nd UKMWAF 2017

Pada 18 November 2017,UKM bersama ARTISUKMA UKM telah mengadakan 2nd UKM World Art Festival yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,UKM Bangi dari jam 8 malam  hingga 11.30 malam di mana festival ini telah melibatkan 9 buah Negara iaitu Malaysia,Somalia,Japan,Thailand,Mexico,Kazakhstan,Phillipines,China dan Mozambique.2nd UKM World Art Festival merupakan sebuah konsert dwitahunan antarabangsa yang meraikan kepelbagaian seni persembahan dari seluruh dunia. Sebagai salah seorang pelajar citra pengurusan seni, saya dikehendaki mengendalikan program ini bersama team saya iaitu team belakang takbir. Kami ditugaskan untuk mengambil gambar atau video apa yang terjadi di belakang takbir dan dimuat naik di youtube. Jika sebelum ini saya cuma melihat persembahan sahaja yang berlangsung dipentas,sekarang saya perlu melihat bagaimana proses bagi menjadikan sesuatu program itu berjalan dengan lancar.

Saya ditugaskan sebagai tugas-tugas khas namun disebabkan kami kekurangan orang bagi mengambil gambar, jadi saya terlibat secara tidak langsung untuk mengambil video sepanjang program tersebut berjalan dari pintu masuk pendaftaran sampai dibahagian belakang takbir. Sememangnya untuk memastikan sesuatu program itu menjadi yang terbaik untuk dipersembahkan kepada orang ramai bukan lah tugas yang mudah. Persediaan yang rapi perlu dilakukan. Peserta dari pelbagai negara tiba sehari lebih awal untuk raptai dan persediaan disini. Mereka juga membuat persembahan Pocket Show di IOI City Mall sehari sebelum itu untuk menarik ramai orang pada hari kejadian.

Pagi sabtu itu, mereka membuat raptai untuk kali pertama bagi persediaan bagi persembahan malam itu. Peserta yang menyertai ini sememangnya berusaha keras untuk memastikan persembahan terbaik ditunjukkan semasa hari persembahan itu. Pada petang itu juga, mereka membuat raptai penutup sebagai persediaan akhir. Raptai akhir nampak lebih baik daripada permulaannya. Semua pelajar citra yang terlibat dengan pengendalian UKM WAF ini semakin sibuk melakukan tugas masing-masing. Pada malam pendaftaran, pada mulanya agak kelam-kabut kerana pelajar terpaksa beratur untuk mendapatkan merit tetapi setelah ditegur oleh cikgu, semuanya kembali tenang dan sistematik.

Pelajar dan pengunjung dari luar mula memenuhi kerusi yang ada. Setiap negara membuat persembahan masing-masing. Penonton jelas terhibur dengan persembahan yang ditampilkan oleh setiap negara. Pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama mereka pada akhir program. Walaupun mereka kelihatan letih, tapi tetap bersemangat melayan kerenah pelajar ini. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk megambil gambar bersama mereka. Pelajar juga menjalinkan hubungan yang akrab bersama mereka walaupun berlainan agama dan bangsa. Hal ini jelas menunjukkan walaupun berbeza latar belakang budaya dan bangsa bukan lah penghalang untuk kita bersatu dalam satu.Alhamdulillah program hari ini berjalan dengan lancar. Setelah berakhir,saya dan team bergerak pulang bagi persiapan esok lawatan mereka.2nd UKMWAF 2017 selesai!


No comments:

Post a Comment

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...