Saturday 18 November 2017

LARIAN MUR 2017

Asyik makan je kan? Jadi saya dan skuad membuat keputusan untuk mengikuti larian MUR 2017 yang bertempat di Sepang. Larian ini disertai oleh pelbagai universiti yang berdekatan. Seawal jam 4 pagi kami berkumpul di sekitar kolej masing-masing untuk bergerak bersama-sama ke Sepang. Setiap kolej terdapat bas yang menunggu untuk mengambil pelajar ke Sepang. Setelah sampai disana, kami berkumpul dengan beribu-ribu pelajar dari universiti yang lain. Kami diberi sarapan pagi roti dan air. Setelah senamrobik pagi itu dan ucapan dari yang berhormat Dato' Hishamuddin Hussein Onn menteri pertahanan Malaysia. kami dilepaskan sedikit demi sedikit.

Oleh kerana larian ini melibatkan 40,000 orang pelajar daripada 60 buah universiti, jalan agak sesak. Kami membuat keputusan untuk berjalan terlebih dahulu sebelum berlari. Semasa berjalan, kami juga terjumpa skuad-skuad yang lain yang turut menyertai larian MUR2017 ini. Tidak lupa juga, saya juga, sempat juga berjumpa dengan beberapa orang kawan saya di matrik dahulu semasa dalam perjalanan. Setiap check point disediakan air untuk pelajar yang kehausan. 

Setelah keletihan, saya dan buddy saya,syera berjalan perlahan-lahan untuk menamatkan larian 5 km ini. Skuad yang lain mendahului dihadapan kami untuk ke check point yang terakhir. Pada pukul 11 pagi kami tiba di check point terakhir bersama-sama yang lain. Kami mendapat sijil. Alhamdulillah walaupun agak semput untuk menamatkan larian namun kami berjaya menamatkan larian dengan jayanya. Semasa menunggu bas untuk pulang, kami sempat juga berkenalan dengan pelajar palapes daripada UPNM. Mereka tiba lebih awal daripada kami mungkin kerana terbiasa dengan latihan jadi tiada masalah bagi mereka untuk menamatkan larian 5 KM ini. 

Kami juga turut dihiburkan dengan beberapa artis terkenal seperti Jaclyn Victor dan Dayang Nur Faizah. Walaupun letih, namun saya berasa gembira kerana hujung minggu saya diisi dengan perkara yang produktif bersama skuad yang setia. Okay. "Let's light up our children's future"
Larian MUR 2017 DONE!


No comments:

Post a Comment

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...