Sunday 3 December 2017

Syikin Short Vacay

Harini saya bersama buddy saya Arisha Arihana menyertai eksplorasi Fotografi yang bertempat di Melaka. Setelah penat mengikuti LT kami membuat keputusan untuk mengikuti eksplorasi ini bagi merasai dunia luar setelah banyak menghabiskan hidup di UKM sepanjang sem ini. Jadi, kami bertolak pada pukul 8 pagi dan tiba disana pada pukul 10 pagi. Semasa tiba di bandar hilir Melaka, kami diberi tugasan iaitu untuk menangkap gambar di Melaka sama ada bangunan bersejarah,orang ataupun alam semulajadi. Seorang dibenarkan untuk memuatnaik hanya 2 keping gambar terbaik.Gambar yang terbaik akan memenangi hadiah.

Setelah itu,kami dilepaskan sehingga pukul 2 petang. Saya dan Arisha tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan disitu sambil membeli belah. Kami juga sempat mengambil gambar di Jonker Walk, Menara Taming Sari, dan tempat-tempat disekitar situ.Tidak dapat dinafikan selain bandaraya Melaka merupakan bandar yang bersejarah, bandar ini juga sangat cantik untuk melakukan eksplorasi fotografi seperti ini. Bagi saya dan Arisha yang sangat suka bergambar kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di mana sahaja yang dirasakan cantik untuk bergambar terutama sekali di Jonker Walk. Pengunjung yang datang dari luar negara juga mengambil gambar disitu.

Selain daripada bergambar, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati segala juadah yang menyelerakan di Melaka seperti Coconut Shake dan Asam Pedas. Memang Terbaik! bagi mereka yang mengunjungi Melaka juadah ini menjadi menu wajib yang harus dinikmati. Semasa rakan-rakan lain sibuk mengambil gambar, saya dan Arisha sempat melukis foto kami sebagai kenangan di Melaka. Pakcik yang melukis gambar kami ini juga sangat mesra. Kami juga sempat beramah mesra bersamanya sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya merupakan destinasi akhir dan merupakan tempat yang kami tunggu-tunggu iaitu Pantai Klebang. Saya dan Arisha sangat mengidam-idamkan untuk mengambil gambar disini. Oleh itu. kami memanggil seorang skuad kami yang tinggal di Melaka untuk mengambil gambar kami disini.Oleh kerana sayangkan skuad, dia datang untuk membantu kami. HAHAHAHA. Terima kasih skuad! Kami juga menikmati beberapa hidangan disini iaitu ais kacang. Pada asalnya kami ingin membeli Coconut Shake yang menjadi sebutan ramai. Tapi memandangkan orang sangat ramai, kami membatalkan niat kami. Setelah selesai tugasan disini kami beransur ke Masjid Hilir Melaka bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Disitu juga diumumkan pemenang.Kami tidak memenangi hadiah namun kami berasa sangat gembira untuk hari ini! yeayyy







No comments:

Post a Comment

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...