Sunday, 8 October 2017

Persediaan sebelum LT

Seawal pukul 5 pagi, semua ahli kadet berkumpul di Panggung Seni untuk menunggu lori 3 tan bagi membolehkan kami bergerak ke tempat latihan.Setelah sampai mereka menunaikan ibadat subuh secara berjemaah sebelum memulakan latihan fizikal. Pagi itu, seperti kebiasaannya kami akan melakukan beberapa aktiviti fizikal seperti PT10 ( lompat bintang ), sit up, pumping serta kami dibawa jogging di persekitaran UKM. Setelah itu, kami diberikan sarapan pagi sebelum memasuki kelas.

Pada hari ini, kami akan diajar cara menggunakan senjata M16 dengan betul sebagai persediaan sebelum menembak pada cuti pertengahan semester nanti. Sememangnya kami berasa sangat teruja untuk memegang senjata M16 buat kali pertama dan diberi peluang untuk menembak dengan menggunakan peluru kapur. Terdapat empat posisi semasa menembak iaitu posisi duduk,meniarap,melutut dan berdiri.

Setelah diajar secara teori bagaimana hendak menggunakan  senjata M16, kami disuruh untuk melakukannya secara praktikal. Saya disuruh oleh jurulatih iaitu encik Ali membuat demostrasi bagaimana untuk melakukan tembakan dari awal sehingga akhir. Walaupun agak gugup, namun saya dapat melakukannya dengan baik.Saya berharap segalanya akan berjalan dengan lancar semasa LT yang tidak lama lagi. 

Tepat jam 1200 kami dilepaskan untuk makan tengahari dan solat zuhur dan berkumpul semula pada pukul 1400 berkumpul semula untuk diajar pula cara membaca kompas. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada intermediate dan junior. Intermediate mengetuai pasukan sambil diiring oleh beberapa jurulatih. Walaupun agak letih tetapi kami berasa seronok kerana sampai ke destinasi yang dituju tanpa sesat. 


Latihan pertama

Setelah mengangkat sumpah pada hari sabtu bersamaan dengan 6 oktober 2017,kami perlu mengikuti latihan mingguan seperti yang dilakukan oleh peringkat intermediate dan peringkat senior. Sejurus selesai majlis angkat sumpah yang bertempat di panggung seni,kami meneruskan pembukaan latihan pada semua peringkat dengan memperkenalkan kepada kami semua barisan jurulatih dan tatatertib dalam askar seperti hormat-menghormati dengan mereka yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi.

Setelah sampai di markas tentera kami perlu mengemas semula segala peralatan yang digunakan. Semua peringkat bekerjasama dalam memastikan segala peralatan berada seperti keadaan sedia kala. Beberapa kumpulan dibentuk dan tugas diagihkan contohnya ada yang dibahagikan untuk membuat kerja-kerja fitik iaitu bahagian penyediaan makanan. Kami juga diagihkan pakaian yang diisukan sebanyak dua helai setiap seorang untuk persediaan minggu depan bagi latihan menembak yang bertempat di Gemas, Negari Sembilan.

Untuk memastikan tahap kecergasan yang baik para kadet, jurulatih memperkenalkan kami beberapa bentuk latihan fizikal contohnya 'komando rest',sit up, serta push up. Lagi menguji ketahanan fizikal dan mental apabila hujan turun dengan lebat pada petang itu menyebabkan kami terpaksa meredahi hujan secara bersama-sama. Kami juga mengisi borang insurans untuk kepentingan setiap kadet.

Apa yang seronok tentang palapes bagi saya ialah keakraban yang dibentuk semasa dalam satu pasukan. Di palapes, ahli kadet seperti ahli keluarga dan perlu bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun baru kenal tapi kerjasama yang terbentuk membuatkan saya menyayangi ahli kadet serta merasakan mereka seperti ahli keluarga sendiri. Setelah malam, ahli kadet dihantar pulang dengan menaiki lori 3 tan untuk pulang ke kolej masing-masing.

Thursday, 5 October 2017

Ulang Tahun Kelahiran ke-19


06 Oktober 2017, Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiranku yang ke 19 tahun. Ini merupakan tahun terakhirku untuk menikmati usia belasan tahun. Selepas ini sudah menjangkau umur puluhan tahun. Insha'Allah jika dipanjangkan umur. Terasa baru semalam aku menduduki sekolah tetapi kini aku sudah berada di menara gading. Alhamdulillah. Inilah hadiah yang paling bermakna untuk tahun ini. Syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakanku kesihatan yang baik dan semestinya tanpa izinNya tiada lah daku dimuka bumi ini. Tak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang telah mengandung serta membesarkanku sehingga ke hari ini. Penat lelah mencari rezeki demi memastikan makanku cukup,memastikan kebajikanku terjaga,memenuhi segala kehendakku dipenuhi walaupun terpaksa mengerah tenaga serta memastikanku mendapat pendidikan yang terbaik. Allah sesungguhnya kedua ibu bapa ku merupakan hadiah terbaik dimuka bumi ini ya Allah. Tidak dapat aku gambarkan betapa bersyukurnya aku dikurniakan ibu bapa yang sangat mendokong tinggi segala hasratku. Terima kasih Ibu. Terima kasih Ayah.




ya Allah semoga dihari ulang tahun kelahiranku ini, aku dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,terangi hatiku dengan cahaya nur keimanan, tetapkan hati serta jiwa mudaku ini yang mudah berbolak-balik,dekatkan aku dengan kebaikan serta kau jauhi aku dengan segala kejahatan serta kemungkaran. ya Allah tambahkan amalanku disaat bertambah usiaku, kuatkanlah semangatku dalam menempuh segala ujianMu serta jauhkan aku dari perasaan mudah jemu,mudah kecewa serta mudah mengaku kalah dalam menempuhi hari-hari mendatang. ya Allah kau hidup dan matikan aku dalam iman serta haramkan wajah ibu bapaku dari disambar api neraka.Kurniakan syurga buatnya Syurga tanpa hisab. Sesungguhnya hanya padamu ya Allah... aku mohon pertolongan.
Amin. Amin ya rabbal alamin.

Sunday, 24 September 2017

Homesick ke?

Tak sampai sebulan saya disini,saya sudah merindui kampung halaman terutama sekali keluarga tercinta..kali terakhir saya pulang ke rumah adalah sewaktu menyambut hari raya haji...saya bercadang untuk pulang pada minggu ini tetapi disebabkan kekangan masa...tambahan pula saya terlibat dengan sukan sea sepanjang minggu ini...walaupun baru dua minggu sesi pembelajaran bermula tetapi saya sudah ada kerja kumpulan yang perlu disiapkan...oleh itu saya perlulah berkorban waktu cuti saya untuk menyiapkan kerja yang ada...minggu depan juga saya juga tada program yang perlu diikuti saya bercadang untuk pulang pada cuti pertengahan semester tetapi saya terlibat dengan latihan menembak yang bertempat di Gemas, Negeri Sembilan.

Latihan  itu akan berlangsung selama 5 hari  bermula 14-19 oktober 2017...setiap hari saya menelefon keluarga dirumah untuk bertanya khabar....Ibu saya juga tidak menggalakkan saya pulang sekiranya terdapat aktiviti di kolej...mungkin selepas ini saya akan sibuk mengikuti latihan hujung minggu dengan PALAPES...walaupun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga, saya percaya ianya akan mendatangkan kebaikan diakhirnya kelak...saya berharap agar dikentalkan hati sepanjang berada dalam latihan sebelum ditauliahkan agar tidak melakukannya hanya separuh jalan...berpegang kepada moto hidup saya 'setiap yang kita mulakan perlulah kita tempuhi sehingga kehujungnya'...saya juga berharap agar kepadatan jadual saya tidak akan menjejas sedikit pun pelajaran saya malahan menjadikan ia lebih baik...


MALAYSIA KAU KEBANGGAANKU



 Setelah selesai ujian pengambilan PALAPES baru bagi sesi 2017/2018,saya melibatkan diri sebagai pasukan sorak dalam Para Asean Games 2017...sepanjang minggu ini saya banyak  mengikuti pasukan sorak UKM ke stadium Bukit Jalil untuk memberi semangat kepada atlet Malaysia dalam beberapa acara seperti boccia,tremplin bowling,bola keranjang dan badminton...saya juga turut hadir dalam pembukaan sukan para pada ahad lepas dengan menyaksikan beberapa persembahan contohnya persembahan mantap dari artis yang terkenal iaitu Yuna...

Pada hari isnin,bermula acara boccia...acara yang sememangnya saya sendiri tidak pernah mendengar ataupun melihatnya sebelum ini...acara ini mirip sekali dengan petanque...saya juga dapat menyaksikan para atlet berjuang dengan bersungguh demi memastikan kemenangan untuk negara sendiri,walaupun dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna,namun semangat mereka sangat menyentuh sanubari...saya berasa tersentuh apabila melihat ada atlet
yang berkerusi roda malahan tidak dapat memegang bola hanya menggunakan kaki untuk membaling bola tersebut...sememangnya atlet seperti mereka sangat memerlukan sokongan dari rakyat Malaysia...saya juga berkesempatan berjumpa dengan Khairy Jamaluddin yang lebih disenangi dengan panggilan 'abah KJ'. Keletihan jelas kelihatan diwajahnya selaku menteri belia dan sukan sememangnya sibuk menguruskan Sukan Sea 2017 tambahan pula Malaysia adalah tuan rumah.

Pada hari rabu pula,saya pula,menghadiri acara tremplin bowling. Menerusi acara ini Malaysia meraih banyak pingat iaitu 3 emas dan 5 perak. Para atlet yang meraih pingat menangis kegembiraan apabila berjaya merangkul pingat emas untuk Malaysia. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan mereka yang mana kedua-duanya mendapat pingat. Tahniah Malaysia!



Bagi acara terakhir yang saya hadiri iaitu badminton, kali ini lain situasinya jikalau sebelum ini kami bersorak sesama pasukan sahaja tetapi kali ini kami bergabung dengan pasukan lain iaitu pasukan dari IKBN Banting. Walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain tetapi kedua-dua pasukan mampu bekerjasama untuk sama-sama memberi sorakan kepada atlet Malaysia...melalui acara ini juga memperlihatkan persaingan yang sengit antara Malaysia menentang pasukan Malaysia..seperti atlet disebelah kiri itu Huzairi,walaupun tidak meraih sebarang pingat namun semangat beliau tidak harus diperlihat mudah. Walau menang atau kalah,kita bangkit bersama.


Setelah diumumkan keputusan bagi Para Asean Games 2017, Malaysia menduduki tempat kedua dibelakang Indonesia. Syabas Malaysia! walau menang atau kalah kami rakyat Malaysia selamanya sokong Malaysia...Malaysia kau kebanggaanku....


Thursday, 14 September 2017

Palapes!!!

Sejak dibangku sekolah lagi...saya amat bercita-cita untuk menjadi salah seorang ahli dalam badan beruniform...seperti askar,polis,juruterbang dan tentera laut...saya berasa sangat kagum apabila melihat seseorang itu beruniform tambahan pula apabila dibahunya terletak banyak paku...walaupun saya maklum bahawa setiap dari itu melambangkan tanggungjawab mereka...semakin tinggi pangkat,semakin tinggi tanggungjawab yang harus dipikul demi memelihara keamanan negara..bagi saya ia tugas yang mulia dan bukan mudah...oleh itu saya amat berharap agar terpilih semasa pemilihan palapes nanti...semasa saya dibangku sekolah,saya bergiat aktif dalam badan beruniform sehingga membolehkan saya terpilih dalam perkhemahan KRS yang bertempat di Terengganu...saya dan ahli kumpulan juga mendapat tempat pertama dalam pertandingan gajet menentang negeri lain...saya mempelajari pelbagai jenis ilmu pengetahuan melalui penyertaan pelbagai kem seperti kemahiran membaca kompas,kemahiran kawad,kemahiran menangkap ikan di sungai,kemahiran pertolongan cemas,kemahiran ikatan dan bagaimana untuk hidup didalam hutan...walaupun ilmu seperti ini kelihatan sia-sia,tapi saya yakin ia sangat membantu disaat-saat genting...saya masih ingat pesan ketua jurulatih saya iaitu "The rank is your responsible,respect the rank,not the people"...pesanan ini masih terngiang-ngiang dicuping telinga saya sampai ke hari ini...

Oleh itu,saya amat berharap agar saya juga dapat bergiat aktif dalam unit-beruniform juga disini agar saya dapat mempelajari ilmu baru seperti kemahiran ketenteraan misalnya mengenali dan mempelajari kemahiran menggunakan senjata dalam palapes...saya juga menyedari bahawa palapes juga dapat mendidik seseorang individu menjadi anak watan yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi tanah air..nilai seperti ini bagi saya penting dalam diri anak muda seperti saya supaya tidak menjadi gunting dalam lipatan kepada tanah air sendiri...selain daripada cemerlang dalam akademik di UKM saya juga amat berharap agar terpilih sebagai salah seorang pegawai kadet sekaligus ditauliahkan Leftenan Muda...setelah mengisi dokumentasi semalam saya juga berpeluang menaiki trak askar...saya begitu teruja...kini saya perlu lepas ujiian seterusnya iaitu ujian kecergasan 2.4 KM dan akhir sekali temuduga...setelah lulus baru saya akan dicop 10 jari dan mendapat no.badan...sesungguhnya untuk menjadi salah seorang pegawai kadet bukanlah suatu yang mudah......

Wednesday, 13 September 2017

Ujian Ilahi



Pada hari jumaat minggu lepas...saya dikejutkan dengan berita yang kurang baik apabila tok saya dimasukkan ke hospital Taiping kerana terjatuh semasa menemani paksu saya kehospital...kejadian itu menyebabkan tok saya tidak dapat mengingat dalam tempoh masa yang pendek...Hal ini menyebabkan seluruh ahli keluarga khuatir tambahan pula saya yang jauh dari mereka...apabila mengetahui hal ini saya memberitahu ibu bapa saya untuk pulang ke rumah tetapi ibu bapa saya tidak mengizinkan kerana risau akan saya...sebak dihati hanya Allah sahaja yang tahu...mengenangkan jasa dia yang menjaga saya sejak kecil dan mengambil dan menghantar saya ke sekolah semasa saya tadika menyebabkan saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menjaga dia semasa dia memerlukan...hanya doa yang berterusan untuknya yang mampu saya lakukan pada ketika itu...sejak dari pembedahan membuang rahim pada tahun lepas menyebabkan kesihatannya tidak begitu baik...dia sering mengadu sakit kepala dan mudah pitam..sebelum ini Doktor ada berpesan supaya mengelakkan dia dari jatuh kerana hal ini boleh menyebabkan dia mendapat strok yang kekal...disebabkan itu saya dan keluarga sangat khuatir apabila mendapati dia jatuh tempoh hari...Ibu saya mengatakan bahawa dia tidak mengingati sesiapa termasuk dirinya sendiri...Doktor membawa dia untuk xray bagi mengetahui punca ketidakingatan tok saya...Doktor mengatakan bahawa dia berkemungkinan strok.

Malam itu,ibu saudara saya menemaninya semalaman...Alhamdulillah dengan kuasa Allah pagi itu setelah bangun dari tidur tok saya sudah mampu mengingat...Allah..lega hati saya apabila mendengar khabar itu...begitu juga dengan ahli keluarga yang sangat gembira dengan berita itu..Doktor mengatakan bahawa tok saya sangat bertuah...setelah doktor memeriksa semua...dia membenarkan tok saya pulang kerumah petang itu...setelah 3 hari ibu saya menemani tok saya dihospital akhirnya mereka pulang ke rumah pada petang ahad itu...tok saya dibawa pulang ke rumah saya oleh kerana keadaan dia yang tidak baik sepenuhnya...Di rumah adik-adik saya sedang berjuang untuk peperiksaaan mereka pada hari isnin terutama sekali adik saya yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini...selain menjaga keperluan tok saya...ibu saya juga perlu menyiapkan segala keperluan adik-adik saya yang masih bersekolah...seorang 12 tahun...yang kedua berumur 9 tahun dan yang kecil berusia 7 tahun...saya bersimpati dengan ibu walaupun tidak bekerja namun tugasan sebagai suri rumah tangga sememangnya bukan tugasan yang mudah...bagi saya ibu merupakan wanita terhebat dalam hidup saya...saya berharap agar adik-adik saya serta saya mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus membanggakan ibu bapa...sesungguhnya kejayaan seorang anak merupakan impian ibu bapa...saya juga berharap agar ibu bapa saya diberikan kesihatan yang baik agar dapat bersama-sama dengan saya semasa saya memegang segulung ijazah suatu hari nanti...


Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...