Saturday 18 November 2017

Latihan Menembak

Harini saya dan skuad kolej ungku omar menyiapkan segala kelengkapan kami sebelum bergerak ke Gemas bagi latihan menembak.Walaupun agak letih setelah seharian latihan di markas, kami perlu menyiapkan segala kelengkapan dengan rapi sebelum berangkat keesokan harinya seperti menyiapkan baju loreng,kasut dan poches untuk dibawa bersama. Masing-masing sudah keletihan namun demi membantu skuad, mereka turun bersama kami untuk mengilatkan skuad. Semangat ini yang tidak dapat dilihat semasa diluar.

Saya tidak dapat menafikan hal ini,sememangnya skuad palapes sangat akrab sesama ahlinya. Mereka tidak akan membiarkan salah seorang skuadnya berada dalam kesusahan. Tambahan lagi bagi pegawai kadet lelaki yang tidak kedekut kudrat untuk membantu pegawai kadet wanita melakukan segala yang dirasakan perlu bagi mengurangkan beban kami. Bagi saya sendiri, memandangkan saya turun ke markas untuk fitik,jadi saya sedikit sibuk untuk menguruskan segala kelengkapan saya. Jadi mereka membantu saya mengilatkan kasut saya dan membetulkan poches saya.

Pada malam itu kami tidur agak lewat untuk menyiapkan segala kelengkapan kami. Bagi pergerakan ke Gemas, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama akan bergerak pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7 pagi manakala bagi kumpulan kedua kami bergerak pada pukul 9 pagi. Saya merupakan kumpulan kedua. Jadi pagi itu setelah sarapan pagi, kami mengambil senjata masing-masing untuk digunakan semasa di Gemas nanti. Senjata yang digunakan perlulah dijaga dengan baik seperti menjaga diri sendiri kerana senjata tersebut didaftarkan atas nama sendiri. 

Pagi itu, jurulatih memberi taklimat serba sedikit apa yang akan berlaku sepanjang hari di Gemas nanti. Sememangnya kami amat teruja untuk bergerak ke Gemas kerana di sana kami berpeluang menggunakan peluru hidup dan merasa menembak sebenar-benarnya. Apabila bas sampai kami bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Kami berhenti rehat di RNR untuk makan dan bertolak semula ke sana. 

Apabila sampai saya mendengar bunyi tembakan yang tidak henti-henti. Semestinya itu bunyi tembakan dari skuad kami yang bergerak seawal pagi tadi. Suasana di Gemas seperti berada dipadang pasir kerana tempatnya sangat panas dan lapang. Tandasnya pula sangat jauh dan tiada bekalan air yang cukup tetapi kami maklum hal itu dari awal. Masing-masing membawa air untuk wudhuk. 
Setelah itu kami beratur untuk menunggu giliran menembak. Apa yang sangat menguji kami adalah untuk menunggu giliran dibawah panas mentari tanpa bumbung. Setelah mengambil peluru, saya bersiap sedia ditempat menembak. Kami dibekalkan 60 peluru untuk menembak. 

Pertama sekali, saya diarahkan untuk menggunakan 10 peluru bagi menembak dengan posisi meniarap. Kemudian 10 lagi peluru bagi posisi duduk dan seterusnya bagi posisi berdiri dan melutut. Disebabkan saya "left-handed" pipi saya terkena pelosong peluru menyebabkan ia melecur. Disebabkan teruja untuk menembak saya tetap meneruskan tembakan.Kemudian jurulatih memberi arahan untuk berlari kehadapan untuk menembak jarak 50 meter. Saya bersyukur kerana kebanyakan peluru saya mengena sasaran dan dipuji oleh jurulatih.

Setelah selesai menembak, saya pula bersiap sedia untuk pertandingan menembak piring mengikut kumpulan. Kali ini kami dibekalkan sebanyak 20 peluru untuk menembak piring tersebut. Alhamdulillah kumpulan saya berjaya je separuh akhir bagi pusingan itu kami dibekalkan 10 peluru bagi menembak piring. Kumpulan saya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Saya berasa bangga kerana menyumbang mata dalam kumpulan saya. Walaupun telinga saya tidak dapat mendengar selama dua hari kerana tidak memakai earplug dengan betul, tetapi saya berasa puas dapat menembak pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment

Responsiblity

Sebelum pertauliahan pangkat berlagsung pada esok hari, persediaan dari segi persiapan dari segi peralatan dan fizikal perlu dilakukan bagi ...